DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah Amengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungilektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalamkuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliaulagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkankandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan inimenimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam bolehdiambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenisdarah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui prosespenapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur darijenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalamjumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individudarah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalamkuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putihseperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu,keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek,kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacangtanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebihfleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darahini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangatmenganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungankarbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitanimunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuranhijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikanlaut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayamorganik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih,makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam,ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan,minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu,bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskangandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makangolongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalahsinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilanjenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenisbuah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daginglembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta dagingyang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalamkuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti,kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyakmengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidratdengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) sertasayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produksusu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis inimenghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dannasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perludihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dankentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacangtidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripadasumber daging.Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epalS
nek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalahmengamalkan pemakanan yang sihat.Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakananharian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihanzat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan denganpemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuatkeputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan danbagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.