Aktiviti Bila Bosan Kat Ofis...

Boring siot kat ofis. Aku klu bosan aku suka ambik gambar...muka control cute..bosan..
emmm.......
Cantik la tu..poyo jer kan...
Kat belakang tu kak manjit..
Syok dgar lagu...layan je ler...
Peace.....

Hari ni....29 Oct 2009....
My Office....My Plant....
Tempat Aku....



TahniaH Amy & Iwan...

Hjg mggu lepas sepupu aku nikah, nama dia amy. Inila dia cantikkan. Tunduk malu jer, mesti berdebar-debar tggu saat dinikahkan. Aku bila tgok org lain nikah aku yg terharu n hampir nangis jer bila tok kadi salam pengantin lelaki, hahahahah tp time aku dulu aku x rase ape2 pun sbb kaki aku dh kebas duduk control ayu jer, tau2 aku dh sah jadi isteri org. hahahhahahah lawak ler....
Hah inila pengantin lelakinya..aku tau nama dia iwan jer.. semoga panahan asamara yg dia kene ni berkekalan sampai akhir hayat... jiwang la ko wan!!wawawawa.

aku pun nk posing gak dgn pengantin...hihihih ambik berkat!!!

Dulu kami ber2 jer skrng ber3... aku, papa & BB Qaseh... ejaan nama qaseh ni mcm BBQ plak. wawawawa I LOVE U ALL......


iSnin..iSnin..iSnin..



isnin semalam aku boring n xde mood lgsg nk keje xtau la nape...hihihi aku nk ambik MC nanti my hubby bising plak so dgn berat hati aku pun g la keje. Sampai ofis aku duk mengelamun lu, fikir mcm2, buat2 bz sbb aku xnk la org perasan aku ni xde mood..
Dh 4 mlm my hubby keje malam so tu yg sedikit mengganggu emosi aku tu. Korang faham2 ler wawawawawa.... korng nampak kan pic aku tu, yg kat belakang tu bilik my bos besar (plant Manager) so sejak aku pindah posisi tempat duduk ni aku jarang sekali boleh melayari internet sbb takot la bos perasan aku ni xde keje.Tapi hakikatnya aku memang xde keje pun....


JuMaaT yg TenSion...

Hari Jumaat yg lepas jln jame giler ar... aku tersangkut kat jame depan tesco tu lgsg x bleh jln..tension jer! 1 jam x gerak lgsg tengok la muka my hubby tu..hahahah dh mcm ape entah sbb tension bleh siap beli paper lagi kat tepi jalan...
aku dlm kete x bleh diam..asyik ambik gmbar jer..ni kononnya control ayu la ni walahal aku dh tensiaon ler... 1 jam x gerak my hubby terus buat u trun patah balik.. kitorng lalu sri cheeding tembus kat Olak Lempit.. rupa nya ada lori terbalik kat sg manggis so jln jadi 1 lorong jer tu yg jadi jame tu.. aku sampai opis kol 9.45 hahahah aku tgok bos2 aku yg tggl daerah banting semua br dtg gak...

inilah hasil kreatif aku didalam kete semasa jame...tension siot so aku ambik la pic dan ini la yg tercantik... sebenarnya belakang kete aku tu kete salah seorng bos kat opis aku tp aku segan ar nk ambik pic dia dgn muka tension tu.. aku tgok dia siap keluar dari kete n lepak kat luar borak2 dgn pemandu lain... tu kiranya dh tension tahap cipan la!!!!



KeReTa BaRu...

aku sebenarnya tgh memikirkan samada nk tukar kereta atau tak... klu ikotkan bajet memang la cukup cume nk tambah utang tu yg takot. Sekarang aku ada kereta proton saga n kancil tp kancil ni ayah aku yg guna so aku cuma aku proton saga la. Kereta tu dh abis bayo cume kerete tu kereta lama so maintain sgt2 tggi. Semalam aku g tgok kereta Proton Gen2, aku rase ok tp xtau la abg aku mcm mana.. Harga dlm 31k dan monthlynya dlm rm460 selama 7 tahun. Cantik lagi kete nya.. my hubby dia ok cume aku rase mcm berat plak nk tambah utang ni. Hutang kitorng kat bank cume ada hutang umah jer tu pun dh rm500 sebln, klu tambah kereta anggaran rm500 gak so jd setiap bln rm1000 kene bayo kat bank...emmm entah la, tapi teringin gak pakai kereta baru sementara anak x sekolah kan?... pening kepala..
mahu tp takot...!!!

Petua..Petua..Petua...

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

KhaSiat Buah EPAL

Khasiat Buah epal

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Diet Mengikut Jenis Darah

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah Amengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungilektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalamkuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliaulagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkankandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan inimenimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam bolehdiambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenisdarah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui prosespenapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur darijenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalamjumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individudarah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalamkuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putihseperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu,keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek,kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacangtanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebihfleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darahini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangatmenganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungankarbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitanimunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuranhijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikanlaut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayamorganik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih,makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam,ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan,minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu,bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskangandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makangolongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalahsinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilanjenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenisbuah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daginglembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta dagingyang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalamkuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti,kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyakmengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidratdengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) sertasayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produksusu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis inimenghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dannasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perludihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dankentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacangtidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripadasumber daging.Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epalS
nek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalahmengamalkan pemakanan yang sihat.Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakananharian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihanzat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan denganpemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuatkeputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan danbagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Diet..Diet..Diet..

Aku sebenornya tgh diet dh hampir sbln, tp perubahn x nampak lagi pun..ke diet aku ni xmenjadi... aku perlu dapatkan berat ideal aku (55 Kg).. so mash terlalu jauh ni... ada x sape2 yg murah hati nk taja aku g slimming center? hahhahha mana la tau ada... korang doakanla aku berjaya ye.. aku jeles la tgok orng kurus sbb aku x penah merasa kurus.. semakin aku tua semakin gemuk plak walaupun aku berhempas pulas diet.. keturunan kot.. sbb adik beradik aku semua pun memang gemuk tp aku pelik sbb arwah mak n ayah aku ni orgnya kecik jer tp anak2nya semua besar!!!

Korang klu ada idea korang bgtau la aku ye...

RenunG- ReNungKan...

Ada apa ngan cinta??...
perkahwinan???
Aku bukan le nak bebel..atau nak kate aku bagus.. just sebagai pendapat jer... klu x betul..harap ditegur..kalau kurang pon..harap ade yang sudi tambah.....
pasal permulaan alam perkahwinan..maksud aku kawen diusia muda.... dua2 muda... masih mentah... dan ego tinggi.... memang x dinafikan semua makhluk kat dunia nie..nak pasangan yang bagus... baik.. alim.. warak.. sopan.. rajin..budi bahasa tinggi..kira pakej lengkap le kan.... tpi ade ker kat dunia nie insan selengkap itu??? Sesungguhnya Allah jadikan kite sebagai insan yang lemah dan saling melengkapkan antara satu sama lain.... kerana itulah adenyer perkahwinan....
Perselisihan paham memang banyak berlaku diawal perkahwinan.... ini kerana proses kiter baru nak mengenali pasangan secara lebih mendalam...ape yang dia suker, kiter x suker....aper yang dia x suker,..kiter suker... kedua-duanyer pon mestilah ade sikap bertolak ansur.... seandainye pasangan tu tengah "BERANGIN" atau penat... jangan le kite tambah beban dia.... semuorang pon akan marah.... nak tegur kena la bertempat... maksudnyer denga cara yang sesuai.... bukan marah x tentu pasal.... benda remeh jadi punca.... hingga membawa kepada pertelingkahan yang besar... hinggakan terungkap permintaan yang x sepatutnyer diucapkan oleh isteri... yang bisa menggegar tiang arasy..ish..Nauzubillah... Bincang elok2 ok.... jangan minta yang bukan2 ok...
kenapa jadikan perkahwinan itu suatu bahan kajian atau mainan atau ikutan??...TREND TERKINI le katakan....kalau nak dan-dan tu gak... ade masalah sket trus nak putuskan jam tu gak...hidup sendiri2..bawa diri... test2 katenyer....boleh ke begitu???? ketahuilah bahawa bahtera perkahwinan itu andai dikemudi dengan baik, maka hasilnya amat menarik dan membahagiakan.... disamping lagi anak-anak yang sangat baik & memasing hidup penuh ngan kasih sayang...
Sabar tu adalah kekuatan kiter semua... Allah baru nak menguji kiter... sekuat mane ikatan kasih sayang kiter... dalam mengharungi segala pahit getir..manis hidup berkeluarga...sebab itu dipanggil Institusi perkahwinan.... dimane kedua2nyer boleh membina institusi ini mengikut kehendak mereka...seperti apa yang mereka inginkan... namun jangan fikir bahawa semuanye yang dirancang akan dikecapi dengan mudah..... banyak yang berjaya pada masa ini kerana berjaya mengharungi banyak dugaan dan cabaran.... sebenarnye kite boleh jadikan orang2 tua sebagai roll model.... nampak bahagia sahaje..walau da bertahun2 kawen... boleh ambil petua mereka...rahsia2 disebalik kebahagiaan mereka....
Peringatan ni pon aku tujukan gak untuk diri aku.... Semoga aku sabar dan tabah dalam mengharungi liku2 berumahtangga serta bijak menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.... sebab ..aku pon insan yang lemah... banyak kekurangan... ade perasaan..... atau suke layan perasaan...hihihihihihihihi...

CeRiTa my Friends... FAKHNIM...

Inilah SAHABAT karib aku... Yg tgh membuyung tu nama dia Eis, dia akan beranak awal bln 12 nant so ramai2 la doakan dia selamat.. yg sicantik manis pakai tudung oren tu namanya Farah, dia ada seorg anak yg comel br berumur 1 tahun cantik anak dia mcm maknya... kawan aku yg control sopan tu ( pinkky Girl) namanya Nadia, ha dia seorng jer sahabat aku yg belum kawin, jgn salah sangka budak yg sebelah dia tu bukan anak dia tp anak sorng sahabat aku tu.. namanya Mas.. dia ni kawin dh lame sekrng pun dia dh ada 3 orng anak. Murah rezeki dia.. last sekali aku la, korang kenal kan aku yg mana.. aku dgn Qaseh ms tu...aku br pas bersalin sbb tu badan msh beso lg so tggu la sbln dua lagi, harap2 aku dpat menguruskan bdn mcm kawan2 aku yg lain slim2 jerr...
Sebananrnya ada seorng lagi kawan aku name dia pun Ain gak..tp dia merajuk dgn kitorng so dia ambik keputusan utk xnk kwn dgn kitorng semua. Tapi kitorng sgt2 berharap dia kembali ke FAKHNIM... (ain jgn merajuk lama2 )... aku kawan dgn sahabat2 ak ni dh lebih 10 tahun.. tempoh ms yg sgt lame so aku sgt syang kan sahabat2 aku ni...aku harap kita dpt berkawan sampai akhir hayat.. amin...Aku Sayang Korang!!!!!
*semoga Allah kekalkan persahabatan kami ini. Berikanla rahmat kepada persahabatan ini.. Amin...

LaMe X uPDate...

SebenarnYa aku dilanda malas sgt sejak beberape minggu ni.. xtau la nape.. semua keje yg aku buat mesti x kene sbb tu aku mls n buat ape... sepatutnya minggu lps umah aku ada wat kenduri cukur jambul my BB tp last minit org yg nk marhaban tu cancel so kelam kabut aku mencari pengganti tp semua dh penuh so terpaksa aku batalkan majlis tu. Malu beb dgn tetamu2 yg aku dh undang tu...

Satu hal lagi, kereta my hubby rosak plak.. pas raya mcm2 plak hal yg berlaku.. nasib baik aku ada kereta kancil so sementara ni aku gunakan lu ar kereta tu... citer bab kereta ni, aku tgh bercadang2 nk tukar kereta baru, tp my hubby mcm x setuju jer.. tp aku nk gak tukar.. malu la pakai kereta buruk tu semua kawan2 aku pakai kereta cantik walaupun stakat wira jer.. hihihih jahat la aku ni.. so aku tgh survey2 kereta murah la ni..

Aku tgh survey2 kereta jenis proton je la (wira atau Gen2) 2 pilihan aku tu...harap2 kali ni menjadi la utk aku tukar kereta..

Baby DeMam...

Hati ini risau jer pg td bila nk tinggalkan baby, yela dia demam cikit..Smlm bb kene cucuk utk yg 2 bln tu, doktor ada ckp kali ini cucuk ubatnya kuat cikit so bb bleh demam.. Mlm td dia pun meragam myb badan dia x selesa kot..Harap2 siang ni dia ok la sbb x nk la susahkan mak..